Monday, 1 July 2013

Latar Belakang Taska

Taska Sentuhan Sayang ini di tubuhkan pada 3 April 2012. Dikelolakan oleh  Cik Norlela dan dibantu oleh 4 orang guru yang mahir dalam pendidikan awal kanak iaitu, Cik Shuhadah, Cik Ainil, Cik Ika dan Cik Zila yang merupakan  graduan dari Diploma Pendidikan Awal Kanak - Kanak.

Pemilihan nama Sentuhan Sayang ini adalah berdasarkan atas sokongan dan kata sepakat daripada semua ahli yang terlibat dalam penubuhan Taska ini. Sentuhan Sayang ini menerapkan lagi sentuhan seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang. Kanak-kanak akan berasa lebih disayangi ketika berada di Taska kami. Taska ini juga menitikberatkan kerjasama dalam membanteras penderaan kanak-kanak, ini juga adalah sebab penubuhan nama Sentuhan Sayang.


Matlamat utama Taska Sentuhan Sayang adalah untuk meningkatkan tahap kesepaduan tunjang iaitu :-
  • komunikasi
  • kerohanian,sikap dan moral
  • sains dan teknologi
  • kemanusiaan
  • perkembangan fizikal dan estetika
  • perkembangan sosioemosi



Prinsip  :-
  • Pembelajaran yang menyeronokkan



Di Taska Sentuhan Sayang, kami menggunakan beberapa pendekatan :-
  • Berpusatkan guru
  • Belajar melalui bermain
  • Pembelajaran berasaskan projek
  • Bertema 



Di Taska Sentuhan Sayang ini, murid akan memperoleh :-
  • Kemahiran asas literasi dan numerasi
  • Sikap ingin tahu, inkuisitif dan ekspresif
  • Kesediaan ke sekolah rendah
  • Tabiat yang baik untuk kehidupan yang sihat dan selamat
  • Sifat kasih sayang