Kebolehan Ingin
Membantu:
Kadang kala ada anak
rajin hendak menolong melakukan kerja-kerja rumah. Jangan halang keinginan anak
kerana dia telah menunjukkan ciri-ciri ‘ringan tulang’ yang sepatutnya diberi
sokongan. Biarpun kerja yang dilakukan kadang kala perlu dibereskan semula oleh
papa dan mama tetapi keinginan mereka menolong patut dipuji. Kepada ibu bapa
yang anak-anak masih liat membantu, apa kata ajak mereka bersama-sama membantu
tugas-tugas di rumah.
Panduan berikut
mungkin membantu:
1- Senaraikan tugasan-
ajak si manja anda dan ceritakan tentang tugas kediaman. Ajaklah si manja anda
berbincang. Terangkan kepadanya sudah tiba masa untuk dia membantu ibu bapa
melunaskan tugas di kediaman.
2- Beri dia kebebasan-
kepada si comel untuk memilih tugasan yang disukainya. Elakkan daripada memaksa
dan biar dia melakukan dengan rela hati. Kekerapan sekali seminggu atau empat
kali sebulan pastinya tidak membebankan. Penerangan anda amat penting supaya
anak anda memahami tugas yang perlu dilunaskan olehnya.
3- Hadkan penggunaan
gajet berbahaya- Penggunaan peralatan yang tajam seperti gunting dan pisau juga
perlu dielakkan pada usia ini. Jika perlu menggunakan peralatan seperti
penyiram pokok atau penyapu, anda boleh melatih mereka terlebih dahulu teknik
penggunaan yang betul. Penerangan dan demonstrasi menerusi langkah demi langkah
dapat mengelakkan kecederaan yang tidak diingini.
4- Berikan tempoh masa
yang sesuai- Tugas ini memerlukan komitmen bersama. Ibu bapa perlu berikan
tempoh yang sesuai dan memastikan perlaksanaan tugas-tugas membersihkan dan
mengemas ini tidak mengganggu jadual harian si manja. Jangan pula ponteng
aktiviti mingguan mereka seperti kelas berenang atau kelas seni mempertahankan
diri dek kerana kerja rumah yang perlu disiapkan.
5- Berikan panduan dan
penerangan secara praktikal - Awas ibu bapa semua! Berikan kepada anak-anak
secukupnya sebelum membiarkan mereka melakukan sendiri tugas-tugas yang
dipertanggungjawabkan ini agar matlamat mendapatkan kediaman bersih dan kemas
tercapai. Pada peringkat usia ini, anak anda sudah boleh memahami
langkah-langkah mudah.